Geng suka senyum

Saturday, December 1, 2012

NUKILAN KEINSAFAN


Nukilan Keinsafan

Janji manusia mengukir kata,
Manis bicara umpama gula,
Dugaan tiba tanpa disangka,
Hadapinya walau sepahit peria.

Tatkala hati di dirundum hiba,
Pada yang esa kita berbicara,
Meluahkan suka dan duka,
Semoga kita ingat padanya.

Dikala kering air mata,
Terkunci mulut sebak berbicara,
Ambillah wuduk penenang jiwa,
Berdoalah pada yang maha kuasa.

Dugaan datang silih berganti,
Menguji kekuatan ketabahan hati,
Kita insan harus mengerti,
Ujian datang mematangkan diri.

Kita hanya insan biasa,
Tiada harta tiada rupa,
Berbekalkan ilmu didada,
Mencari keredhaan yang maha esa.


sokseksoksek  : muhasabah diri :)

Sunday, November 11, 2012


KEMBARA MINDA

salam pertemuan semua...

Saya dah lama nak update blog ni tapi memandangkan saya sibuk sangat tambah pula line internet yang slow mengalahkan anak siput sedut yang baru nak berjalan mengensut niat tu terpaksa di tangguhkan.hari ni saya nak kongsi pasal pengalaman saya dengan blogger semua mana yang nak tau sila baca dan mana yang rasa tak nak tau sila tukar URL anda laju-laju ok...
 
saya nak kongsi pengalaman saya semasa mengikuti aktiviti yang di namakan KEMBARA MINDA.aktiviti ni wajib untuk semua pelajar yang ambil subjek pembangunan sahsiah nak jadi cikgu katakan kena ada sahsiah diri.ok, kumpulan saya ada 18 orang,kami bermula dari kampus sultan Abdul jalil dari pukul 10 pagi sampai 2 petang. kami berjalan menuju ke pekan Tanjung Malim untuk  mencari dan membuat kerja-kerja amal.jadi kami carilah mana-mana kedai yang perlukan bantuan kami tapi kami tak boleh minta upah kalau tuan kedai tu bermurah hati nak bagi upah kami amik aje...ada yang tolong cuci sayur,jual ikan,cuci kedai ikan,angkat barang2,angkat ais dari lori hantar ke kedai-kedai.hasilnya kami dapat RM20 dari kedai jual ikan.kami yang tak pernah jual ikan pun pandai jual ikan tau...
 
lepas tu kami berjalan lalu ikut kampung-kampung,masa tengah berjalan tu macam-macam kami TERpijak tahi ayam,kucing,kena kejar anjing hahaa...ok sampai kat satu kampung ni ada seorang pak cik yang tengah berkebun.kami pun mintak nak tolong pak cik tu.jadi kami tolong panjat pokok rambutan,ada yang pergi cuci kuali kat rumah sebelah,kopek bawang sampai meleleh-leleh air mata..hahaa hasilnya kami dapat RM20. andthen kami jalan lagi,masa kami jalan ada sebuah kereta yang bawa buah durian tetiba buah durian jatuh sebiji atas jalan untuk mengelakkan daripada sebuah motor terlanggar buah tu kami amik buah tu.lepas tu kami nampak ada seorang pak cik india nak lintas jalan sebuah kereta pun tak nak beri laluan jadi kami kesian tengok pak cik tu kami tolong dia lintas jalan.
 
tempat yang terakhir kami pergi kawasan kedai makan taman universiti kami bahagi kepada 2 kumpulan kecil kat sini kami tolong cuci pinggan,cawan,meja hasilnya kami dapat RM40,buat kerja tak sampai setengah jam dah dapat RM40 mana cari..macam-macam kerja kami buat sebenarnya ni cuma sebahagian saja.akhirnya hasil kerja kami yang kami terima RM80 tu kami sedekahkan kepada rumah anak yatim..
 
seronok sebenarnya buat kerja-kerja amal ni walaupun penat tapi kita akan rasa puas dapat tolong orang betul tak?..korang pun mesti ada pengalaman masing-masing kan..
 
 



sok sek sok sek : update blog yang dah lama bersarang..