Geng suka senyum

Monday, May 19, 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum....

Belum terlambat lagi untuk nurul ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia terutama sekali kepada guru /cikgu / pensyarah :

  •  Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat,Ketereh.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh.
  • Politeknik Seberang Perai.
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mereka bertungkus lumus mendidik saya daripada sekolah rendah sehinggalah saya menjejakkan kaki ke universiti. tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa nurul kerana mereka juga layak di gelar guru secara tidak formal selama ini mendidik dan mengasuh nurul.


we all feeling very proud because become a teachers


kami guru Malaysia



sokseksoksek : Selamat Hari Guru....

PROGRAM MESRA AMAL

Assalamualaikum...

walaupun sibuk dengan tugasan kuliah tapi apabila ada peluang untuk ke rumah anak-anak yatim memang Nurul nak sangat join. Daripada situ kita dapat belajar banyak benda daripada anak-anak yang masih kecil.
sayu hati apabila melihat wajah adik-adik yang menyambut kedatangan kami ke Rumah anak yatim dan miskin Nur kasih, Taiping, Perak pada 18/5/2014. penghuni rumah anak yatim ini seramai 53 orang yang pada mulanya hanya 12 orang. Pemilik rumah anak yatim Nur Kasih merupakan seorang kontraktor, beliau sangat baik orangnya dan sangat rapat dengan anak-anak. 

Sepanjang seharian kami di sana banyak cerita yang kami kongsikan dan cerita daripada adik-adik. kesusahan yang kita tanggung selama ini tidaklah sebesar mana jika di bandingkan dengan keperitan yang adik-adik di rumah tu tanggung.."insaf sekejap"








sokseksoksek :bersyukur kita hidup dalam keluarga bahagia...