Geng suka senyum

Friday, February 28, 2014

RUMAH BARU

Assalamualaikum...


Untuk pengetahuan semua mulai semester ini nurul terpaksa tinggal kat luar kolej sebab nak bagi peluang kepada budak-budak junior untuk tinggal di kolej kediaman. dari semester 1 sampai semester 3 nurul tinggal kat kediaman  Kolej Ungku Omar. walaupun jauh dari kampus tapi kami selamat tinggal kat sana. kami adalah batch pertama yang menginap di kolej tu sebab terletak dalam kawasan kampus baru area proton city. kalau nak ke kampus lama ambil masa dalam 15 minit naik bas. masa mula-mula kami sampai nak kata super market ada, memang tak la...kedai runcit pun tak ada, yang ada cuma gerai makan dalam 5 gerai sahaja. TAPI kami bertuah sebab dapat merasmikan kolej kediaman yang baru dan tidak pernah di diamai oleh pelajar-pelajar senior sebelum ni   " rasa bangga di situ ".

KUO di malam hari


KUO di siang hari


Masuk sahaja semester 4 kami dengan rela hati meninggalkan KUO tercinta. sekarang ni tinggal menyewa di UKLK( unit kediaman luar kampus)  area taman bahtera dengan penguni seramai 12 orang, ada 6 bilik tau! nk tenggok rumah????.....


rumah baruku

sokseksoksek : tengah menyesuaikan diri kat sini..


Tuesday, February 18, 2014

SEMESTER BERMULA


Assalamualaikum.....




Setelah sebulan bercuti bergoyang kaki , maka bermulalah al kisah semester baru. dah semester 4 rupanya. pejam celik pejam celik cepat masa berlalu..tak sabar pula rasanya nak habis belajar. semester ni lagi banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa di lalui sebab terpaksa menyewa di luar kampus. rumah teres yang di kongsi dengan 12 orang satu rumah. ramaikan... ramaikan...tapi tak pa lah bagi la budak-budak junior duk kat kolej plak. kami yang senior ni mengalah jer.." ayat sedih". 



sokseksoksek  : we love UPSI.