Geng suka senyum

Wednesday, June 1, 2016

DINNER ISMP IT

Assalamualaikum...

Berakhir sudah selama 4 tahun kami berjuang mendapatkan ilmu, mengutip kenangan, menghabiskan sisa sebagai pelajar anak kandung suluh budiman UPSI. Selama 4 tahun juga kami harungi pahit manis sebagai pelajar jatuh bangun bersama rakan-rakan, sahabat, kawan. Lepas ni bawa haluan masing-masing sama ada sambug master atau terus kerja.  Bukan senang untuk mendapatkan ilmu kita kena kuat semangat jangan cepat berputus asa. Kadang kala ada masanya kita bergaduh, kita menangis, kita bergurau, kita ketawa itu semua pengalaman hidup yang tidak mungkin masa itu akan berulang. jadi hargailah setiap detik dan saat belajar. Tidak semua orang bernasib baik. 

Ini saja jejaka2 ismp IT yang ada


Girls in the house

geng IT




Jika ada sumur diladang, 
Boleh saya menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang, 
Kita pasti berjumpa lagi.

sokseksoksek: CIPTA KENANGAN 31/5/2016

Wednesday, May 25, 2016

Anak kandung suluh budiman


Assalamualaikum..

Sekarang ni sis dah memang malas xlarat nak update blog. Banyak sangat keja plus line internet slow. sis dah nak abih study yuhuuu tp jauh disudut hati sedih nak tinggalkan "ibu kandung suluh budiman" ni. Tahu ke apa itu "ibu kandung suluh budiman"?..korang tanyalah students upsi kalau nak tau. sebenarnya sepanjang 4 tahun di bumi mualim ni banyak kenangan suka dan duka yang sis kena telan itulah namanya pengalaman. Sapa kata kampus UPSI tak cantik haiiii belum kenal maka tak cinta okey..

Sila play video dibawah kalau terasa nak jatuh cinta dengan upsi.








Rakan seperjuangan


Sokseksoksek : anak kandung suluh budiman. Laoshi to be

Sunday, May 1, 2016

Hari cuti layan lagu


Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...


Aku lagi suka dengar Khaibahar yang nyanyi berbanding penyanyi asal projector band.



Saturday, April 23, 2016

Seminar Refleksi Latihan Mengajar



Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.


Semasa didunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembali,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati.



Sahabat sejati tiada pernah pergi,
Tumbuh subur dalam sanubari,
Kau ciptakan sebuah dimensi,
Bagi semangat dan inspirasi,



Pakai baju berwarna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.






Sokseksoksek : saya simpan awak semua kat sini  

NOVICE TEACHER

Assalamualaikum.....

Walaupun 6 bulan dah berlalu tapi nurul baru nak update sibuk la katakan "padahal internet connection is very worst". Orite ni nak cerita pengalaman la sikit masa mengajar kat sekolah. SMJK (C) CHUNG CHENG satu kenangan yang cukup indah. nak jadi seorang guru pada zaman alaf 21 ni bukan senang tau! banayak cabaran mungkin orang ingat kerja seorang guru ni mudah banyak cuti, boleh balik awal kan kan kan but nowadays not like that. Cikgu banyak kerja yang nak kena buat tambah pulak dengan sistem yang pelbagai data nak kena key in. Itu tak masuk lagi dengan penat melayan kerenah pelajar yang macam-macam. Bagi nurul untuk jadi cikgu kena ada minat yang mendalam sebab kita kena kenal setiap perangai pelajar kita, tau serba sedikit latar belakang pelajar kena banyak sabar kadang-kadang layankan je perangai mereka jadikan sebagai kawan tapi jangan melebihi had. By the way seronok sangat dapat peluang mengajar di tingkatan 1,2 dan 4. Antara kenagan bersama pelajar.

Form 1


Form 4




Dinner


Form 1


Pengetua Madam Lim Peck Poh 



Sokseksoksek : Semoga posting awal