Orang lain dah habis raya aku baru nak update blog pasal raya. ini baru separuh adik beradik daripada 13 orang semuanya dengan seorang ibu dan bapa. Ini merupakan anugerah yang terindah kerana mempunyai adik beradik yang ramai susah senang kami harungi bersama mak ayah yang sentiasa ada memberikan semangat dan nasihat. kadang kala terfikir betapa sukarnya untuk membesarkan, mendidik kami adik beradik yang ramai. namun, mak ayah tidak pernah mengeluh. sehinggalah aku bergelar seorang pendidik betapa beratnya tugas untuk mendidik.
sokseksoksek : hargailah ibu bapa selagi masih ada.
Sekarang baru ada mood nak update blog setelah berkurun tak sempat nak update. kalau dulu selalu jugak godek-godek blog orang lain sekarang nak buka blog pun malas sibuk dengan belajar yang tak habis-habis. Kat TV sekarang drama Melayu yang semakin meletop-letop gitu drama Hati Perempuan. saya start tengok cerita ni mula dari episod 7 itu pun sebab kawan cakap cerita dia best..so saya pon cuba la stalk video pendek cerita ni kat facebook. tengok macam best jugak.Jadi saya pon follow la cerita ni setiap hari isnin-khamis TV3 pukul 7 tu.
Nak di jadikan cerita bila saya dah follow cerita ni rasa macam dah jatuh cinta pula dengan pelakonnya. so maraton la tengok cerita ni daripada episod 1 sampai episod 20 sekarang. instagram diorang pun saya follow tau. kuat sungguh penangan lakonan Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan. Banyak video kelakar daripada syarul ni tu yang membuatkan saya follow cerita ni. Kalau tengok insta diorang mak aiiii dalam masa beberapa minit bedesup masuk komen peminat-peminat dia. masing-masing dah macam cacing kepanasan nurul tengok kat komen.
Ni video yang nurul suka tengok
By the way, nurul dah download semua episod setakat ni..hahaha keja gila sekali sekala
sokseksoksek : Drama sangat, hero hensem heroin cantik.