Geng suka senyum

Sunday, May 3, 2015

DEMAM DRAMA HATI PEREMPUAN

Assalamualaikum..

Sekarang baru ada mood nak update blog setelah berkurun tak sempat nak update. kalau dulu selalu jugak godek-godek blog orang lain sekarang nak buka blog pun malas sibuk dengan belajar yang tak habis-habis. Kat TV sekarang drama Melayu yang semakin meletop-letop gitu drama Hati Perempuan. saya start tengok cerita ni mula dari episod 7 itu pun sebab kawan cakap cerita dia best..so saya pon cuba la stalk video pendek cerita ni kat facebook. tengok macam best jugak.Jadi saya pon follow la cerita ni setiap hari  isnin-khamis TV3 pukul 7 tu. 

Nak di jadikan cerita bila saya dah follow cerita ni rasa macam dah jatuh cinta pula dengan pelakonnya. so maraton la tengok cerita ni daripada episod 1 sampai episod 20 sekarang. instagram diorang pun saya follow tau. kuat sungguh penangan lakonan Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan. Banyak video kelakar daripada syarul ni tu yang membuatkan saya follow cerita ni. Kalau tengok insta diorang mak aiiii dalam masa beberapa minit bedesup masuk komen peminat-peminat dia. masing-masing dah macam cacing kepanasan nurul tengok kat komen. 


Ni video yang nurul suka tengok



By the way, nurul dah download semua episod setakat ni..hahaha keja gila sekali sekala


sokseksoksek : Drama sangat, hero hensem heroin cantik.




No comments: