Geng suka senyum

Saturday, December 28, 2013

STUDY WEEK

Assalamualaikum...


Kepada semua adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester nurul ucapkan selamat mengulangkaji pelajaran. Belajar-belajar juga tapi jangan sampai stress, tension. belajar kena seimbang dengan aktiviti lain. Waktu petang boleh keluar ambil angin dengan berjoging atau berbasikal supaya kita tidak terlalu asyik dengan mengadap buku, laptop n nota-nota sahaja yang penting kita berusaha yang terbaik dan yang paling penting sebagai orang islam perbanyakkan berdoa dan solat hajat insyaAllah kita akan berjaya.








sambil study tu denganr la lagu ni..



potpetpotpet : Dimulakan dengan Bismillah di akhiri dengan Alhamdulillah.







Tuesday, December 24, 2013

BANJIR KEMAMAN

Assalamualaikum..

Sekarang time study week tapi tak ada la nak study sangat pun. kali ni nurul nak kongsikan aktiviti bantuan mangsa banjir di Kemaman Terengganu pada 22-24 Nov 2013 kami seramai 108 orang mewakili warga UPSI dan bergabung bersama beberapa buah universiti lain UPM,UITM,UM,UNITEN lebih kurang seramai 300 orang lebih juga. Masa kat sana saya tengok betapa peritnya kehidupan yang terpaksa di tempuhi oleh mangsa-mangsa banjir. banyak harta benda yang berharga hilang sekelip mata. Bencana alam ni benda yang kita tak boleh nak jangkakan. Sayunya duhai hati apabila kami lihat keadaan sekitar kemaman setiap rumah dan laluan yang kami lalui mesti kami dapat lihat longgokan sampah sarap yang bertimbun-timbun, harta benda yang terpaksa di buang kerana rumah di genangi air berhari-hari. 

Nurul sempat bersembang dengan seorang mak cik yang menjadi mangsa banjir ni. dia cakap memang teruk keadaan banjir sepanjang 60 tahun dia hidup itulah pertama kalinya jadi banjir seteruk tu, ada yang berhari-hari tidak mandi, tidak makan, ada yang terputus bekalan elektrik, makanan. sebak hati melihat keadaan mangsa. maka dengan rela hati kami datang untuk menghulurkan bantuan sekadar yang termampu dengan membersihkan kawasan yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa dan kawasan sekolah yang mengalami banyak kerosakan dan kehilangan dokumen penting.


Sukarelawan Karisma sesi bergambar bersama dengan Timbalan Naib Canselor UPSI. Beliau bersama isteri datang memberikan semangat kepada kami untuk melakukan amal kebajikan, membantu orang yang memerlukan. 

Kami bertungkus lumus membersihkan kawasan Sekolah Menengah Mentok Terengganu. 


membersihkan lumpur yang sangat susah nak dihilangkan.


kerusi meja pelajar yang rosak di hanyut air, ada yang terpaksa di buang dan ada yang masih boleh di guna pakai kami bersihkan dengan menggunakan water jek.


YB Menteri Besar Terengganu datang melawat setiap lokasi yang mengadakan aktiviti gotong- royong. 

sukarelawan UPSI yang sentiasa bersemangat walaupun ada di antara kami yang tidak mandi kerana ketiadaan air hanya mengharapkan kepada air mineral untuk kegunaan harian.


potpetpotpet : semoga Allah jauhkan dari bala bencana

CAMERON LAGI


Assalamualikum...

hai semua pembaca blog yang setia. hari ni nurul nak update pasal lawatan sambil belajar ke Cameron Highland pada 15 -  17 noverber 2013 yang lalu walaupun dah lepas beberapa minggu kan. Al maklum la sibuk sangat katakan . kami menaiki 2 bas UPSI seramai 79 orang pelajar. kami pergi  sana pun sebab atas urusan untuk siapkan laporan projek subjek Perkebunan dan Hortikultor, Subjek minor.subjek ni memang best sangat pensyarah pun sporting habis..Prof Dr Zainal Abidin nama dia. Dia dah macam ayah kami dah. kalau dia marah kami pun dia tidak akan marah lama-lama lepas tu dia ok balik..dia layan kami pun macam anak dia memang best sangat.

Ops ok berbalik kepada aktivi kami masa kat Cameron ok banyak tempat yang kami pergi.kalau nak taip semua mesti tak ada orang nak baca kan.. tengok jela gambar ni..





ni masa kat MARDI 



Ladang Strawberi


kami warga UPSI


Miss arrogant 


Bersama rakan dan En Azizi yang sporting.


Salad yang segar bugar


Sedikit info berguna

potpetpotpet : ilmu tidak akan datang bergolek.

Friday, December 20, 2013

HARI BAHAGIA

Assalamualaikum..

Walaupun sudah lepas beberapa hari majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar tapi nurul nak update jugak sebab siapa yang tidak seronok mendapat keputusan yang boleh di katakan cemerlang la jugak hehe. nurul tercalon sebagai penerima anugerah dekan fakulti seni komputeran dan industri kreatif, kos Teknologi Maklumat. Hari yang amat bermakna setelah berhempas pulas bertempur di medan peperiksaan. Ucapan sejuta kesyukuran kehadrat Ilahi, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu dan bapa aku yang sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini. kepada para pensyarah yang memberikan didikan yang terbaik dan kawan-kawan yang banyak membantu. Kejayaan yang di perolehi berkat kerjasama kalian semua.

Aku berasa sangat bersyukur aku di berikan peluang untuk naik kepentas menerima anugerah. semoga aku dapat meneruskan pengajian  hingga tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat.





dayah,nurul,ila,dayat,


coursemate


penerima anugerah bersama dekan fakulti 

potpetpotpet : kejayaan tidak akan datang dengan mudah

Thursday, December 5, 2013

Khasiat BUDU

Assalamualaikum...



Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno". 

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. 

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. 

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. 

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Budu cap Ketereh


budu,cili, bawang merah,limau nipis 




potpetpotpet : ambil budu buat minum petang bole??...hehee