Geng suka senyum

Monday, June 2, 2014

Program English Camp & Bengkel ICT

Assalamualaikum...

31-1 June 2014 kami mengadakan Proram English Camp dan Bengkel ICT di Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah Teluk Intan Perak. Kami semua seramai 35 mahasiswa dan mahasiswi UPSI akan di tempatkan di beberapa buah rumah penduduk kampung iaitu bersama dengan keluarga angkat selama 2 hari 1 malam.Dalam program ni nurul bertugas sebagai tenaga pengajar kepada guru-guru dan Ajk PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Tiga Kiri dan sebahagian lagi sebagai fasilitator dalam english camp untuk pelajar tahun 5.

Bersama keluarga angkat

sedia berkhidmat


Antara guru-guru yang sudi belajar dan mendengar

guru besar sekolah, pensyarah dan siswa siswi  UPSI

sempat berjalan-jalan

Melawat tempat bersejarah

sokseksoksek : menyelam sambil minum air.




Monday, May 19, 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum....

Belum terlambat lagi untuk nurul ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia terutama sekali kepada guru /cikgu / pensyarah :

  •  Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat,Ketereh.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh.
  • Politeknik Seberang Perai.
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mereka bertungkus lumus mendidik saya daripada sekolah rendah sehinggalah saya menjejakkan kaki ke universiti. tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa nurul kerana mereka juga layak di gelar guru secara tidak formal selama ini mendidik dan mengasuh nurul.


we all feeling very proud because become a teachers


kami guru Malaysia



sokseksoksek : Selamat Hari Guru....

PROGRAM MESRA AMAL

Assalamualaikum...

walaupun sibuk dengan tugasan kuliah tapi apabila ada peluang untuk ke rumah anak-anak yatim memang Nurul nak sangat join. Daripada situ kita dapat belajar banyak benda daripada anak-anak yang masih kecil.
sayu hati apabila melihat wajah adik-adik yang menyambut kedatangan kami ke Rumah anak yatim dan miskin Nur kasih, Taiping, Perak pada 18/5/2014. penghuni rumah anak yatim ini seramai 53 orang yang pada mulanya hanya 12 orang. Pemilik rumah anak yatim Nur Kasih merupakan seorang kontraktor, beliau sangat baik orangnya dan sangat rapat dengan anak-anak. 

Sepanjang seharian kami di sana banyak cerita yang kami kongsikan dan cerita daripada adik-adik. kesusahan yang kita tanggung selama ini tidaklah sebesar mana jika di bandingkan dengan keperitan yang adik-adik di rumah tu tanggung.."insaf sekejap"








sokseksoksek :bersyukur kita hidup dalam keluarga bahagia...

Friday, April 25, 2014

LAWATAN KE MAMPU

Assalamualaikum..

23/4/2014 program lawatan ke OSCC Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cyberjaya seramai 40 orang.

bakal guru teknologi maklumat dan multimedia



sokseksoksek : semester ni keja berjalan-jalan hahaaa..best sangat..





TELUK SEGADAS

Assalamualaikum..

Pada 18,19,20 April 2014 di bawah subjek Kembara Alam seramai 70 orang pelajar, seorang pensyarah dan 3 orang instruktur kami telah mengikuti program perkhemahan di Teluk Segadas. Memang best sangat perkhemahan kali ni sebab lebih santai.

pemandangan Teluk Segadas

operasi mendirikan khemah


santai di tepi pandai yang indah


get ready for abseiling

aktiviti abseiling


mandi manda di pantai



Ahli kembara Alam yang sporting







sokseksoksek : perkhemahan 3 hari 2 malam 

Monday, March 24, 2014

LUBUK KAWAH

Assalamualaikum.....

Perkhemahan di lubuk kawah di ulu bernam selangor. kami memulakan perjalanan berjalan kaki pada pukul 3.00 dari kampus UPSI dan tiba di tapak perkhemahan sementara kira-kira 7.00 ptg..kami seramai 60 orang pelajar diiringi oleh 2 orang instruktur. di bawah program kembara alam.

instruktur memberikan taklimat untuk perjalan program, persiapan segala peralatan dan makanan yang perlu di bawa.



perjalanan yang memenatkan.


rehat sekejap penat weh bawa khemah macam bawa besi.


masa mendirikan khemah.


persiapan makan malam yang romantik..makan dalam gelap hehee masak nasi, sardin dengan telor dadar goreng.


ni la tempat yang dituju sebenarnya. untuk sampai ke lubuk kawah ni ambil masa lebih kurang 5 jam kami jalan. penat xpayah cerita la tuhan saja yang tau !!!bila dah sampai ya Allah nikmatnya dapat terjun, memang best sangat dapat mandi kat sini air sejuk sangat. walaupun penat tidak terkata tapi rasa puas dapat mandi kat sini.


posing dalam air..



kena denda cuci bekas masak sampai berkilat..padan muka.


sokseksoksek : pengalaman yang tidak dapat di lupakan. 







Friday, February 28, 2014

RUMAH BARU

Assalamualaikum...


Untuk pengetahuan semua mulai semester ini nurul terpaksa tinggal kat luar kolej sebab nak bagi peluang kepada budak-budak junior untuk tinggal di kolej kediaman. dari semester 1 sampai semester 3 nurul tinggal kat kediaman  Kolej Ungku Omar. walaupun jauh dari kampus tapi kami selamat tinggal kat sana. kami adalah batch pertama yang menginap di kolej tu sebab terletak dalam kawasan kampus baru area proton city. kalau nak ke kampus lama ambil masa dalam 15 minit naik bas. masa mula-mula kami sampai nak kata super market ada, memang tak la...kedai runcit pun tak ada, yang ada cuma gerai makan dalam 5 gerai sahaja. TAPI kami bertuah sebab dapat merasmikan kolej kediaman yang baru dan tidak pernah di diamai oleh pelajar-pelajar senior sebelum ni   " rasa bangga di situ ".

KUO di malam hari


KUO di siang hari


Masuk sahaja semester 4 kami dengan rela hati meninggalkan KUO tercinta. sekarang ni tinggal menyewa di UKLK( unit kediaman luar kampus)  area taman bahtera dengan penguni seramai 12 orang, ada 6 bilik tau! nk tenggok rumah????.....


rumah baruku

sokseksoksek : tengah menyesuaikan diri kat sini..


Tuesday, February 18, 2014

SEMESTER BERMULA


Assalamualaikum.....




Setelah sebulan bercuti bergoyang kaki , maka bermulalah al kisah semester baru. dah semester 4 rupanya. pejam celik pejam celik cepat masa berlalu..tak sabar pula rasanya nak habis belajar. semester ni lagi banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa di lalui sebab terpaksa menyewa di luar kampus. rumah teres yang di kongsi dengan 12 orang satu rumah. ramaikan... ramaikan...tapi tak pa lah bagi la budak-budak junior duk kat kolej plak. kami yang senior ni mengalah jer.." ayat sedih". 



sokseksoksek  : we love UPSI.

Thursday, January 9, 2014

BALIK KAMPUNG







sokseksoksek  : sapa nak ikut jom ke negeri cik siti wan kembang.

Tuesday, January 7, 2014

MULTITASKING



saya ni jenis yang suka buat banyak keja dalam satu masa hehee bukanya apa, taknak rasa bosan dan cepat mengantuk so sambil belajar tu sambil dengar lagu pun best jugak. kalau mengikut cara belajar ada 3 cara iaitu : 

1. jenis audio

* orang yang jenis audio ni, mereka boleh belajar hanya dengan mendengar dan mereka lebih cepat mengingat dengan cara menyebut  perkataan. biasanya orang jenis ni mereka cepat mengingat nama seseorang.

2. jenis visual

* orang jenis visual , mereka boleh belajar hanya dengan melihat, contohnya menggunakan peta minda. orang jenis ni biasanya boleh mengingati seseorang dengan melihat rupa paras seseorang tapi cepat lupa nama orang tersebut.

3. jenis kinestetik

* orang jenis kinestetik pula lebih kepada suka bergerak tak suka duduk diam, mereka lebih cepat mengingat dengan melakukan kerja tersebut bukan sekadar melihat dan mendengar.



ini la namanya multitasking..banyak keja boleh buat dalam satu masa 


sokseksoksek  : anda mungkin ada cara yang tersendirikan???...

WAKTU TIDUR DILARANG OLEH RASULLULAH


5 Waktu tidur yang dilarang oleh Rasulullah SAW


1- Tidur selepas makan.
2- Tidur sepanjang hari.
3- Tidur selepas solat Subuh dan awal pagi.
4- Tidur pada waktu asar.
5- Tidur sebelum solat Isyak.

Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al-Bukhari)

SUBHANALLAH

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita agar selalu mengikuti sunnah Rasulullah Saw dan menjadikan kita semua sebagai hamba-hamba ALLAH yang senantiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya. Aamiin

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan membagikan status ini.



Aamiin ya Rabbal'alamin.

Dalam islam juga tidak menggalakkan tidur secara meniarap kerana ia merupakan cara tidur syaitan. TETAPI dalam situasi tertentu ia dibenarkan sebagai contoh seseorang yang mengalami kesakitan, dan keadaan yang menyebabkan seseorang tidak boleh tidur kecuali secara meniarap ia di benarkan.




sama-sama kita amalkan

sokseksoksek  : time  study week memang ramai yang tidur selepas subuh...

Sunday, January 5, 2014

MAKANAN ARAB


Ok. hari ni saya nak bercerita sedikit, dengar tu sedikit sahaja. hehe tentang makanan orang Arab. Masyarakat Arab lebih kurang dengan masyarakat Malaysia juga makanan asasinya adalah nasi. tapi yang uniknya orang arab mereka lebih suka makan secara beramai-ramai dalam satu dulang yang di isi dengan nasi dan lauk pauk seperti daging dalam kuantiti yang banyak. kalau kita orang Malaysia boleh dimakan untuk 20 orang makan untuk satu hidangan. di sebalik makan secara beramai-ramai ni mereka dapat :

1. Makan bersama-sama.
 2. Mengeratkan hubungan.
     3. Berkongsi rezeki yang ada.



terus jadi kenyang bila tengok gambar ni.. sanggup makan?????


sokseksoksek  :  rezeki yang dikongsi akan membawa barakah.

Friday, January 3, 2014

8SHARE


Assalamualaikum

sila klik di sini untuk anda yang berminat untuk ada side income klik  8SHARE

apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mendaftar terlebih dahulu, kemudian kongikan link yang di sediakan pada ruangan Special.

sekian.


Thursday, January 2, 2014

TAHUN 2014

RAGAM MURID-MURID

Assalamualaikum...

Bila dengar dan tengok berita pasal budak-budak yang baru nak daftar masuk sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor bermula pada 1/1/2014 dan di negeri lain bermula pada hari ini iaitu 2/1/2014. Baru sahaja buka sekolah macam-macam ragam murid kita dapat tengok suka dan ada yang berduka  lara . kadang-kadang kelakar pun ada tengok ragam budak-budak ni. saya harap ibu ayah semua tolong nasihatkan anak-anak jangan terlampau nakal sangat.


haha macam mana la boleh tersepit kat kerusi, ni mesti kes seronok sangat tak pun nakal sangat. ni baru hari pertama sekolah belum hari-hari berikutnya. penat cikgu nak melayan kerenah anak-anak yang baru nak membesar ni.


sampai terpaksa menggunakan gergaji. sabar yer dikk ha tu la nakal sangat..



Nah!! cikgu dia pun nak jugak memang trend 2014 la kowt.. haishh penin-penin (ketuk kepala kat kerusi)



sokseksoksek :  kenapa anak-anak 2014 ni hyperactive sangat???...ok Published.