Geng suka senyum

Sunday, October 16, 2011

CINTA DALAM DIAM

Cintai Dalam Diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberii kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Friday, August 19, 2011

Renung-renungkan

Renungan Bersama
  • Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak .
  •  Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak celik-celik .
  •  Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun lintang pukang .
  •  Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH .
  • Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA
  • Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH .
  •  Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR."

Friday, August 12, 2011

kuih muih di Malaysia

 Nama-nama yang UNIK

Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap


Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeee ttttt

Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit

Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram= Kuih Makmur

Kuih paling lembap= Kuih Siput

Kuih paling bahaya=Kuih bom

kuih paling rugi : kuih bakar

kuih paling make up tebal : kuih tepung komak






sokseksoksek : pilih nak yang mana semua sedap............

Sunday, August 7, 2011

Dugaan Bulan Puasa

CERITA SAHUR
Assalamualaikum

hari ni dah masuk 7 hari umat islam berpuasa pejam celik pejam celik dah 7 hari. pagi tadi masa nak sahur pegi la kat dapur ingat nak masak nasi dengan telor goreng tapi bila bukak gas.tetiba gas abis hadoiiiiiiiii time2 macam ni la dia nak buat hal mana nak dapat gas pagi-pagi buta.pas tu tengok dalam peti ais kowt-kowt la ada sisa makanan yang bole dimakan kan. nasib la ade kuey tiaw goreng yang lebih masa bukak puasa hambik jela kuey tiaw tu. tak kan nak makan sejuk-sejuk plak kan?? 

nak prangat/panaskan gas tak de, so dengan spontan amik periuk letrik letak je kuey tiaw  tu dalam periuk letrik nak panaskan.sebungkus kongsi tuk 2 orang . sedih  tau!!

kesedihan melanda

Monday, August 1, 2011

Hari pertama puasa

Rezeki bulan puasa
Assalamualaikum..........


Hari pertama puasa ni nikmat nyer amat terasa.pagi tadi dengan mamai-mamai bersahur dengan air milo dengan roti.tu lah makanan bila ada jauh dengan family. kowt-kowt orang lain sahur minum air masak sampai kembung perut.Tapi takpa * cobaan...  .Bulan puasa ni orang kata rezeki kita murah betul ke??...saya percaya,anda semua percaya x??..pagi tadi tetiba bunyi tut tut tut mesej telefon sampai bila buka mesej tu ha!! anda menerima RM 2 kredit percuma daridapa celcom bonus. Yahooo . Beberapa jam kemudian telefon bunyi lagi...tut tut tut mesej sampai, nak dipendekkan ayat saya  dapat kredit free lagi RM5 tak tahu la sapa dia yang baik hati topupkan.Siriyes tak tau.Tanya orang ni kata tak tanya orang tu kata tak.Dah orang bagi guna sudah bole??.. 

Jom pegi bazar cari benda ni..murtabak

sokseksoksek  : bazar depan rumah siap duit aje

Wednesday, July 27, 2011

Menjelang Ramadan

RAMADAN is COMING...


Bulan puasa tinggal lagi beberapa hari, so terasa nak buat entry pasal bulan puasa la pulak mana tahu lepas ni jarang on9 tak dapat nak update blog yang suram ni.tau-tau jela saya jarang sangat nak update blog tak macam blogger lain tiap-tiap hari buat entry. seronok kan dah nak puasa bulan yang penuh barakah,nikmat,rahmat, dan dimurahkan rezeki. Bulan ni la kita nak menginsafkan diri tengok golongan yang susah. kita bukan setakat nak kena tahan lapar dan dahaga saja,

1. jangan tengok benda-benda yang tak elok.
2. tinggalkan perangai buruk kita,
3. buat sedekah banyak-banyak, senyum tu pun sedekah ya murid-murid...heheee
4. pendek kata buat kerja yang baik-baik sudah.

 
bagi sesapa yang da lupa niat puasa

jangan jadi macam dia ni...


buah ni wajib ada time bulan puasa

sokseksoksek: seronoknyer nak puasa.............

Friday, July 22, 2011

BUKIT BENDERA

  jOm pergi BUKIT BENDERA
Assalamualaikum semua....

hujung-hujung minggu ni, agak tak tahu nak buat apa saya ada satu cadangan j0m kita pergi jalan-jalan makan angin.  Sebenarnya saya nak cakap saya dah pergi melancong kat bukit bendera.anda jeles??...hehe untuk sesiapa yang masih bergelar student tiket dia cuma RM4 sahaja seorang, untuk yang dewasa RM8 seorang. memandangkan.hari tu  kitaorang lupa nak bawa kad matrik tak pasal-pasal kena RM8 tak mahal pun..untuk kanak-kanak lagi murah lupa la plak..

kat sana ad ape??
1. boleh naik kereta api.
2. boleh posing sana sini.
3. pemandangan yang cantik nampak seluruh pulau pinang.
4. sejuk, kat atas bukit katakan.


 ha kereta api ni la kitaorang naik


cantiknya pemandangan kat sini

nampak tak bukit bendera



sok sek sok sek  :  nak tau lagi apa yang best kenalah pergi sendiri...

Monday, July 11, 2011

PILOT JALANAN


PILOT JALANAN

Dimulakan dengan bismillah......lalalalaaaaa

korang nak tau tak??...yang tak nak tau pon saya bagitau jugak. biasanya kita tengok pilot yang bawa kapal terbang tu ha yang ni buat pertama kalinya saya perkenalkan pilot jalanan.yang tak leh blah nyer dia buat muka time tu hahahaa

@@@@@@@

@@@@@

@@@

@

adik saya yang sengal

########

#####

###

dia kata jangan kacau da nak mendarat tu......

sokseksoksek : tirulah macam saya....

Sunday, July 10, 2011

Jom jalan-jalan


Muka Jusco

Assalamualaikum pembuka bicara...

ape yang dikatakan muka jusco tu??...... ha...adakan muka saya ni macam jusco!!!. Oh TIDAK....sebenarnya saya dengan kengkawan suka pegi jusco sebabnya tu la satu-satunya tempat shopping yang paling dekat. boleh dikatakan jurujual kat kedai tu boleh cam kowt muka kitaorang.jusco kat mana tu nak tau jugak??...jusco kat bandar perda area bukit mertajam tu ha.......jom la kita shopping banyak sale


sila abaikan gambar ni heheeee

cuba teka kat mana tu??..

tak beli pon...

abaikan....

cam comel plak rabbit tu...hehee

kawan shopping 

perasan tak satu barang pon saya tak bawak......takkan nak post gak.tak payah  la banyak sangat huhuuu
gambar yang last skali tu ada sapa2 yang kenal tak??..yang kecik molek tu si tembikaisusu la tu..

Tuesday, June 21, 2011

lawak spontan

orang asli dan polis

orang asli : selamat pagi
polis        : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis        : pasal apa tu?
orang asli : kawan saya dibaham harimau
polis        : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul,terkam
polis        :habis?
orang asli : tak habis tinggal kepala

Baek lah murid-murid jom kite blaja peribahasa baru

1.  Diam-diam ubi berisi,diam-diam orang..bisu
2.  hidup segan mati ditanam
3. ikut hati mati ikut rasa merasa
4. hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik hari tak hujan.
5. sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut.
6.  hendak seribu daya,tak hendak tak apa
7.  kemana tumpahnye kuah kalau tak kebawah.
8.  kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar.
9.  biar putih tulang, jangan kuning gigi.
10. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili. 


potpetpotpet : hiburan masa lapang....

Friday, April 29, 2011

The Royal Wedding Prince William & Kate

 The Royal Wedding Prince William & Kate


ramai dah buat entry pasal ni,so terase nak buat jgk  lah sikit sebanyak pasal Prince William ni.
nama penuh  Putera William Arthur Philip Louis Mountbatten Windsor.beliau dilahirkan pada 21 Jun 1982 di St Mary's Hospital di London. Putera William adalah putera sulong dari Putera Charles, Prince of Wales dan mendiang Diana , Princess of Wales. Sebagai anak sulong beliau adalah pewaris takhta pemerintahan kota London.Putera william mempunyai minat dalam bidang sukan rugby. Dia juga menjadi salah seorang daripada 100 perenang Inggeris pada usia yang sangat muda. Walaupun putera william memiliki minat yang mendalam sastera dan puisi, Putera William memilih untuk mengkhususkan diri dalam geografi, biologi dan sejarah seni.Pada tahun 2006 beliau bersama dengan adiknya, Putera Harry, di Royal Akademi Tentera Sandhurst, untuk berlatih sebagai tentera.Putera William dan Putera Harry menghabiskan masa di Sandringham, Balmoral, Highgrove dan Buckingham Palace.Putera William bertemu dengan Kate Middleton di Universiti, .


 nice dress

Prince william & Princess kate
 
sama cantik sama padan

sok sek sok sek : perkahwinan paling gah 2011.seluruh dunia tengok

Dalam bas punye crite

Dalam bas punye crite

salam n hello semua....

exam pon da abis ha pa lagi boleh bukak belog ni, lma xbercerita kan ni nak story moly.punye la sronok dapat blk kg.tengok bas da sampai kt msuk la dalam bas transnasional laju-laju pas tu cri tempat duduk . tengah duk syok-syok layan lagu tetiba plak mamat krusi depan sesuka ati dia turunkan kerusi n tidur sampai bedengkur gegar dunia.(bab dengkur tu tipu je ok hehee) sampai dia tak sedar yang orang kat belakang ni terhimpit,tersepit,t'kepit.nak turunkan krusi pon agak-agak la sikit tengok orang blakang tu.kita da mula geram ni tapi relex selagi kita tak mati tersepit sabar jela...

gambar hiasan

bukan tu aje ade la mamat blakang plak buat hal...sesuka ati dia duk main tarik-tarik2 kerusi haku nak betulkan posisi dia la kowt sampai terketuk kelapa kepala haku dia boleh buat de je kot-kot la nak mintak maaf ke ape...tapi relex kt kena cool nak buat macam mane dia suka main tarik-tarik krusi. ha amik r tarik krusi tu sampai patah...

sok sek sok sek : terhimpit dengan insan-insan terpilih

Thursday, April 14, 2011

untuk beberapa hari

tau tak macam mana perasaan tuan punye blog kalau blogger lain datang singgah and follow??
macam ni ha berbungga2...


tuan blog = tuan rumah
music = hidangan
blogger = tetamu 

 visitor dah macam tulang belakang bagi blogger tuk ber joging blogging. masing-masing ade je coretan dan maklumat yang nak dikongsi. bukan senang nak buat satu-satu entry kena pikir dulu takut nanti orang ni terasa orang itu terasa tak pasal-pasal kena hentam dengan blogger lain. SENTAP tau.....

sok sek sok sek : xde idea nak buat entry,nak STUDY tuk FINAL exam.

Wednesday, April 13, 2011

Si Siput Sedut

Si Siput Sedut Yang Menguji Kesabaran 

 kadang-kadang time korang nak buat keja,nak seach pape ke tetiba internet slow ape korang rase kalau internet korang jalan macam siput sedut??ape yang perlu korang buat??

A. baka jer brodband ngan komputer tu.

kita bako,bako....
B. tutup terus tak payah on9
C. hempuk/ketuk komputer laju-laju
komputer xsalah brodband salah

D. tunggu jer sampai laman korang nak tu keluar.


ha gigit sampai patah gusi gigi

pilihan di tangan anda....

sok sek sok sek : menguji tahap kesabaran dan keimanan ermmmm

Selera pantai timur

Makanan Orang Pantai Timur

hari ni memandangkan saya teringat kat kampung so buat la entry pasal makanan kat kampung,bagi yang suka boleh tengok,bagi yang tak suka tak payah tengok!!

perghhhh ayam percik


nasi kerabu daging bakar

laksa kelantan ok


nasi dagang
 ha ni sotong sumbat perghhhh sedap


 ni plak di panggil akok


 ni orang panggil akok bunga sebab cam bunga
 

 yang ni dodol


 ha ni jala mas manis sikit


ha tak ketinggalan budu

kalau nak tunjuk semua memang banyak yang susah nak dapat kat negeri lain kalau ade pun rase dia tak sama.time lapar-lapar cam ni tengok makanan hadoiiiii rase terus nak balik kampung.tu je tuk entry kali ni


sok sek sok sek : jom makan


Tuesday, April 12, 2011

student UBM Oyehhh

 MINGGU ORIENTASI STUDENT UBM

Bermula saat ini dan detik ini bermulalah kehidupan sebagai student di Universiti Blogger Malaysia (UBM) universiti ni menjadi IPTMaya pertama di malaysia tau!! hahaha cam lawak pun ade.....
ni antara lecturer yang mengajar eman , lan ,zul , TH dan Azmir. ha tunggu ape lagi jom masuk U ramai-ramai hehee..... berduyun-duyun haku tengok student duk daftar. minggu ni minggu orientasi untuk yang baru daftar.
universiti ni xpayah nak bayar yuran mahal-mahal kt cuma guna jari je nak tekan-tekan keyboard.
kat sini kt boleh kenal ramai orang-orang sentiasa maju dan celik IT belaka...tengok header dia pun nampak cun je. sapa pengarahnye??hehehe eh2 student tnye bole??

sebagai student saya nak siapkan eseiment nii

1. letakkan banner UBM dalam entry anda.


klik je kalau nak jadi student UBM
2. nama anda dan nama blog anda.

kalau nama penuh nurul Qalysa tapi cukuplah stakat kenal dengan SENYUM ITU SEDEKAH. seorang yang suka senyum dan ketawa sampai  susah nak berenti.

3. sejak bila mula berblog.

kalau nak ikutkan saya baru sangat-sangat lagi baru 4 bulan. rasa macam best je tengok member-member berblogging. daripada tak tau nak buat ape time borin-borinkn.

4.apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

pada sayalah sapa kata berblogging ni buang masa??..tapi kita boleh tambah ilmu, sekarangkan zaman IT so kita kena la ikut peredaran zaman kena celik IT. dalam berblogging pun kita boleh kenal ramai kawan tak kira kat mana sekali pun dari selatan sampai ke timur, barat dan utara tanah air kita boleh kenal secara alam mayat mayala.stakat ni xjumpa lagi blogger yang suka mendownkan blogger lain ok ok jela....ramai blogger yang dah femes masuk magazine macam zackzukhairi,ben ashari, budak lelaki sebelah pintu , daniel adie ,  ermm sapa lagi yuyu zulaikha, nisa kay nak mention satu-satu jenuh la nak taip...hehehee saya berblogging sekadar tuk mengisi masa lapang jer...

5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

satu-satunya IPT yang kita blaja secara maya.Sila mansuhkan exam dan eseiment bole???...hehee,membantu blogger untuk promot blog diorang. saya sokong sangat-sangat sebab tu la saya follow hehehee. boleh kongsi-kongsi idea.kenal blogger-blogger senior.Sila bagi tunjuk ajar yerrr...

ok tu je tuk eseiment kali ni.

dapat jugak idea haku nak update blog malam ni

student  UBM hahaahaa

sok sek sok sek : dapat idea update blog yuhuu, daftar jgn xdaftar...smile

Monday, April 11, 2011

Enjit-enjit semut


enjet-enjet semut
siapa sakit naik atas

you may have burgers
we have ketupat
you may have bruce lee
we have hang jebat

you have plastation
we fly wau bulan
you ride dragon boat.oi! oi!
we ride our sampan

hey!

you have your Ah lian
we have our minah
you wear your sari
they wear kebaya

Friendly and preety
sexy dahsyatnya
no need for flowers Oi! Oi!
crazy for vespa!

Hey!
soccer and guitar
it is in our blood
we sing at void deck
sory if too loud

we don't mean no harm
we share happiness
do not hesitate..oi oi
come down & join us

some say we laid back
some dont't understand
listen i explain
we have MASTERPLAN!

we don' aim this world
we aim after..
working hard all day Oi Oi
relex one corner

Hey!

humble and moden
we like it simple
slowly but surely
no need to strunggle.

this short song i sing..
for u to ponder
if you disagree. Oi Oi
see who live longer

coming from kampung
peace ful and stress free
sopan and adat
takes prio-ree-tee

gotong and royong
one big family
peaceful and loving Oi Oi
that malay to me

you may have britney Oi Oi
we love our SITI.

sapa tak kenal wajah ni...


sok sek sok sek : hiburan masa lapang....heheee

I wanna this

 Teknologi terkini yang tak mampu haku miliki

Apple telah melancarkan iPad 2 pada  3 Mac 2011 oleh Steve Jobs. menggunakan pemproses A5 Dwi Teras, Kamera Depan/Belakang hinggalah rangka berwarna putih  semuanya kita boleh tengok  pada iPad 2 ini.

anda boleh dapatkan iPad 2 sekarang!!! jom kita tengok fungsi dan apa yang ada dalam iPad 2 ni

 credit to original owner
 benda ni ingat murah ke??..nilai dia dalam (USD) macam iPad. Bermula dari $499, pengguna akan dicas berdasarkan jumlah memori dan pakej data yang digunakan. Tapi kalau kat Malaysia, jangan nak haraplah boleh dapat dengan harga RM15XX, sebab satu, bergantung pada pakej data yang ditawarkan oleh Maxis (sebab maxis je yang tawarkan iPad pakej secara rasmi)

 microprocessor yang digunakan

microprosessor A5 Dwi Teras untuk memberikan kelajuan yang lebih baik kalau nak main game n  aplikasi lain 2 kali lebih pantas dan kelajuan grafik 9 kali lebih pantas dari generasi sebelumnya.

ipad 2 ni lagi nipis macam ni ha

Teknologi terbaik dengan Multi-Touch di iPad. Anda menggunakan jari anda untuk melakukan semuanya, sehingga semua yang anda lakukan - surfing web, menaip e-mel, membaca buku, dan macam-macam ada.... menyenangkan, lebih mudah,padat,mantop apelagi??..

ala senang cerita klik kat SINI ha nak tau lebih lagi,kalau dapat ni haiishh xtido la jwabnye

ulasan : bila la agaknye boleh dapat benda ni.

Sunday, April 10, 2011

BUDAK DAHULU vs BUDAK SEKARANG

Budak Dahulu VS Budak Sekarang

Dahulu : sekolah

pelajar takut dengan cikgu,nak tengking-tengking nak marah-marah cikgu tak berani tu tandanye hormat.setiap ape yang keluar dari mulut cikgu nasihat dan tunjuk ajar semua diorang ikut.Pegi skolah xdenye nak naik kereta mewah-mewah tp jln kaki berkilo-kilo,kalau yang mewah ckit pun naik basikal tu dah kira ok la..duit poket plak xpernahnye nak bawak, bawak bekal je..


laju kowt basikal ni..

Sekarang : sekolah

pelajar tak takut pun dengan cikgu,pelajar pijak kelapa kepala cikgu tandanye tak hormat orang yang memberi ilmu,nasihat tak pernahnye nak didengar buat pekak badak,pegi sekolah naik kereta mewah-mewah, duit poket dua ringgit tak cukup sekurang-kurangnye 5 ringgit..macam gambar kat bawah ni sampai patah hidung cikgu dek kerana pelajar yang tak hormat cikgu.mana hilangnya nilai moral anak-nak zaman sekarang...

adeh!! sakitnye...

Dahulu :  mengaji quran

dulu-dulu anak murid tunggu tok guru ramai-ramai,sebelum ustaz @ ustazah datang baca dulu bagi lancar dengan kata lain pederghah dulu, *aku mmg tak boleh nak lari sebab mengaji ngan ayah sendiri kalau tak mengaji ha siap la nak kena rotan!!


Sekarang : mengaji quran

Tok guru yang kena tunggu anak murid dekat sejam tunggu tengok-tengok adela yang datang la sorang dua. sekali kena tegur dah tak nak datang mengaji...hhmmm

Dahulu : aktiviti masa lapang

waktu petang budak-budak suka keluar main dengan kawan-kawan,mandi sungai, melastik burung, cari buah getah buat main congkak, kayuh basikal keliling kampung, duduk ramai-ramai borak,


mandi sungai bestt...

Sekarang : aktiviti masa lapang

budak-budak suka main kat rumah, buat ape?? ha mengadap komputer sorang-sorang, main game,tengok video,dengar lagu,upload lagu,layan fb. dah tak reti nak main kat luar. kalau main pun kat taman,kat taman ape la sangat..mn ada sungai nak mandi...huhuu
*macam tak best jadi budak zaman sekarang*

ulasan : tak suka buat entry pnjang2 nnti orang tak suka baca. sekian......